Sunday, July 17, 2011

selamat datang Ya RAMADHAN :)

salam :)

Ramadhan datang lah anda membawa rahmat dan berkat. Datang lah anda melimpahkan rezeki dari Ilahi di atas muka bumi. 

Datanglah anda membawa kesabaran yg hakiki..
Datanglah anda mengajar erti kesyukuran dan rendah diri..
Penghuni2 alam barzah menanti kehadiran anda..penghasut2 yakni syaitan dan iblis Laknutullah gementar akan kehadiran anda.
Datanglah anda menguji keimanan dan nafsu umat Muhammad s.a.w.
Dikala para penghasut dirantaikan dirinya.

Datanglah anda,

Membuatkan ibu bapa tersenyum gembira melihat anaknya baru pertama kali mengenali anda..melihat telatah anaknya yg menahan lapar dan dahaga.

Datanglah anda,

Membuatkan kanak2 gundah gulana terpaksa mengikat perut di siang harinya...terpaksa meneguk air liurnya shj.

Datanglah anda,

Menguji sang remaja melawan nafsunya yang selalu bermaharajalela...terpaksa diingatkan selalu dirinya dikala terlupa kedatangan anda.

Datanglah anda,

Memberitahu para ibu bapa masjid dan surau sudah siap tersedia, menanti kehadiran jemaah para ibu dan bapa yg selama ini sibuk bekerja.

Selamat datang ya Ramadhan...kami menanti kehadiran anda...sebelum Syawal datang menjelma... :)

Thursday, July 7, 2011

MINTAK MAAF SEMUA .... (EHSAN TAMIMI)

salam...

mntak maaf kwn2.....2 jeh yg mmpu ak ucap....ak sngat2 menghargai kwn2 kelas DET B....
sumpah.... hampa lain dari kwn2 yang lain.....hampa bermacam2 ragam...ada suka buat lawak...ada yg suka gelak....dan ada yg serius dalam lawak....haahha....2 yg buat hampa terlalu special sngat2.....

sumpah ak rindu kelas lama kita....kelas yang bising dengan ketawa, happy2...xdak la nak serius memanjang saja masa stdy......
ak ingat nama setiap org mmber2 kelas DET B...insya Allah....
tp sem ney kita dh x sekelas dh....semua habeh terabuq.....tp ak mohon doa sngat pada Allah semoga apa yg jadi ney buatkan hubungan kita antara kwn2 semakin menjadi lebih rapat...dan ak harap jgn la kita sisihkan kwn2....wlpn kita dh xsama kelas.... :(

1. mat where (leman)
2. mizi tiger (mael lambong)
3. jen jen
4. qayyum (fish)
5. lutfi (azroy-sb apa perut besaq)
6. epull (kak long)
7. md hairil (adik2)
8. zul retro (mat terap)
9. zul pahang (ak panggil zul tambun jeh)
10. ABE (ketua kelas)
11. faris (mntak maaf klau eja nama salah)
12. alif firdaus
13. syahiran (kepak)
14. aiman (xkesah)
15. paiz anaqi (xshuke dgn dia-musuh ak)
16. pdot (sekeping)
17. shamet (loloq)
18. isham (hitam manis-*ak tipu)
19. ijat (loloz)
20. yan (yandreeee)
21. awis ( dafi-baik punyeee)
22. syamim (made in thai)
23. own ( senyum selalu)
24. man (atas bawah ori)
25. jepah (ckap jgn soqa besaq sngat)
26. akhiri (mai la klas selalu)
27. poh (haiii poh)
28. lee (bonzer mat where)
29. chang (senyum la lgi bnyak2)
30. amani (sejuk mata memandang)
31. shyma (she)
32. epah (kak pah)
33. azni (mek)
34. mira (ku)
35. fahmi (fucker-buat assgment jgn mnipu)
36. hazwan (ckp jg cover)
37. fida'i (mntak maaf kdang2 ckp xpham)
38. pok jie (kabana)
39. afif arif (gelak tiru ak)
40. ehsan (aku la, spa nak kutuk, kutuk la)

ney la senarai nama kwn2 ak yg ak still ingat......hampa semua memang terbaik..(^_^)
semoga Allah merahmati segala perjuangan kita....Ameen..
tp apa pn mntak maaf skali lagi kwn2.....:)

k wasalam..


p/s : klow xda tulis nama 2 jgn tipu...ak dh sure dh ak tlis habeh..

Thursday, April 28, 2011

AKHIRNYA!!!...IA DH BERAKHIR....

SALAM....

AKHIRNYA!!!... berakhir lah sem 4@ sem li kn....hahha..dh xda dh pas neh...insya Allah...
selama hmpir 6 bulan ak bekerja @ mnjalani latihan industri bersama2 TNB jitra, akhirnya berpisah jgak ak darinya....
banyak pengalaman & pengajaran yg aku dpat dari abg2, kakak2, pakcik2, makcik2, dn tokwan....(tokwan??? ada ka???) ada laaa, klow x, xkan ak tlis...hahhaha

emmm, sedih, happy, smua da....mcm astro plak, mcm2 ada...hahahhaha
tp apa pn, i2 hnya perasaan.....yg pnting sentiasa happy....(^_^)

ak tahu kekurangan diri neh, bnyak yg ak perlu belajar....ak masih muda...
jadi aku harap apa yg ak amik dn blajaq dari semua staff TNB dihalalkan dunia & akhirat...
terutama pd abg ucup FF, bnyak yg ak blajaq dari dia....lawak2 dia pn da pngajaran d si2...ak akn sentiasa ingat dia....hahhahaha...insya Allah...

seakarang ak punya planning, nk keje, dn sblom 2 nk siapkan final report ak....insya Allah....dn kembali focus pd belajaq, insya Allah....POLIMAS, ak akn kembali.....hua3

apa2 pn ak happy sngat2 kt TNB....semua org rapat dn senang ngan aq....(tp x tow la klow ada yg x burepe nk senang 2)
apa2 pn thanks u all....akn sntiasa dlm ingatan ak....sentiasa menjadi antara 1 kenangan yg xkn mudah ak lupakan....insya Allah...
wasalam....

Wednesday, April 13, 2011

BACAAN TALKIN JENAZAH

Bismillahir rahmanir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “Laa ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin.